Akaun 1 KWSP, Apa Gunanya?

Posted: February 4, 2011 in unit trust
Tags: , , , ,

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia…

Ramai orang di Malaysia ini kenal dengan logo di atas. Di sinilah tempat penyimpanan wang bagi pekerja – pekerja swasta terutamanya bagi menjamin kehidupan mereka selepas bersara.

Untuk pengetahuan anda semua sebenarnya simpanan KWSP ini tidak terhad kepada pengeluaran selepas berumur 55 tahun sahaja namun ianya boleh dikeluarkan untuk tujuan pembelian rumah, pembayaran pelajaran anak – anak, pembelian komputer dan yang paling penting simpanan KWSP ini boleh digunakan untuk tujuan Pelaburan di dalam Unit Amanah bagi menggandakan simpanan hari tua anda. Tak percaya? KWSP memang membenarkan pelaburan unit amanah menggunakan Akaun 1 KWSP namun KWSP telah menetapkan syarat tertentu untuk sebelum menyertai pelaburan unit amanah.

Anda boleh membaca risalah berkenaan Pelaburan Unit Amanah menggunakan Simpanan KWSP dari risalah dibawah ini.

Antara syarat – syarat pengeluaran yang telah ditetapkan adalah seperti berikut;

  1. Pelaburan yang ingin dibuat hendaklah melalui syarikat pengurus dana seperti Public Mutual.
  2. Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan dan tertakluk kepada baki di dalam simpanan asas Akaun 1.
  3. Pelaburan boleh dibuat dengan syarikat pengurus dana yang sama atau berlainan yang diluluskan KWSP.
  4. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Pelaburan hendaklah melalui syarikat pengurus dana.
  5. Anda tidak boleh menambah pelaburan menggunakan duit sendiri.
  6. Anda bertanggungjawab terhadap pelaburan ini. Jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjawab.
  7. Semua amaun pelaburan hendaklah dikembalikan semula kepada KWSP jika anda menjual pelaburan anda. Amaun ini akan dimasukkan semula ke Akaun 1 anda.
  8. Anda tidak boleh mengeluarkan wang pelaburan ini.
  9. Anda tidak akan memperolehi apa – apa dividen KWSP melalui wang yang anda laburkan.
  10. Tiada bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh KWSP.

Jadi kepada anda semua, tolong jangan ragu – ragu lagi dengan unit amanah. Bertindak lah sekarang demi untuk menggandakan wang persaraan anda kelak. Agensi seperi KWSP ini telah meletakkan kepercayaan kepada syarikat pengurus unit amanah didalam mengurus wang para pelabur, oleh yang demikian tidak ada unsur – unsur penipuan didalam pelaburan unit amanah ini.

Sekian.

p/s; syoknya jadi pekerja swasta sebab mereka tidak memerlukan wang tunai untuk menyertai pelaburan unit amanah.

Ruzlam Lamza (UTC Public Mutual) – 0138556576

ruzlambest@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s